suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mak ayah kena ‘sindrom Covid-19’, kurung tiga anak sejak 2021... Rumah dipenuhi longgokan sampah dan ubat-ubatan

Keadaan rumah dan tempat tidur kanak-kanak terbabit.

TIGA budak lelaki dipercayai dikurung di dalam rumah mereka selama empat tahun oleh ibu bapa yang obses mengenai penularan wabak Covid-19.

Polis menemui kanak-kanak lelaki berusia antara lapan dan sepuluh tahun itu di sebuah rumah di bandar utara Oviedo, Sepanyol pada Rabu. 

Difahamkan keluarga itu berkurung sepanjang pandemik Covid-19, melarang anak-anak keluar, dan membuat mereka tidur di atas katil yang dibina seperti sangkar.

Lebih mengejutkan apabila bahagian dalam rumah mereka dipenuhi dengan timbunan sampah dan najis haiwan termasuk longgokan ubat-ubatan.

Memetik laporan Daily Mail, ketika ditemukan, dua kembar lelaki berusia lapan tahun dan abang mereka berusia sepuluh tahun, memakai lampin.

Kesemua mereka tidak terlihat sakit, sebaliknya dalam keadaan kotor.

Susulan itu, ibu bapa mereka, Melissa Ann Steffen, 48, yang mempunyai kewarganegaraan Jerman-Amerika dan Christian Steffen, seorang perekrut teknologi Jerman berusia 53 tahun, ditahan untuk siasatan lanjut.

Untuk rekod, pada 14 April lalu seorang penduduk di kawasan itu membuat aduan berhubung kelakuan aneh keluarga terbabit.

Artikel Lain