suria

2 budak lelaki jadi mangsa wanita pedofilia, laku ‘sexual grooming’ selepas jumpa di tapak pengebumian

Mangsa serangan seksual di pejabat boleh dapat pampasan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita didakwa melakukan kekerasan dan pengantunan seksual (sexual grooming) berulang kali terhadap budak lelaki bawah umur yang ditemui di majlis pengebumian.

Ayla Gonzalez Salinas, 20, didakwa menghantar mesej kepada remaja itu, yang berusia antara 12 dan 16 tahun, di media sosial selepas mereka menghadiri upacara pengebumian November lalu.

Selepas berhubung dengan mangsa di media sosial, wanita dari Florida ini melakukan kekerasan seksual beberapa kali bermula Disember tahun lalu. 

Dia bagaimanapun cuba menutup kesalahannya dengan menghantar beberapa mesej kepada mangsanya.

Menerusi dokumen yang dikongsikan, dia meminta mangsanya mengaku 'bersetuju' melakukan hubungan seksual dan mereka memulakan dahulu hubungan intim itu.

Dia bagaimanapun ditahan pada Januari dan didakwa atas tujuh kesalahan mencabul atau melecehkan seorang mangsa bawah umur. -Daily Star

Artikel Lain