suria

Veteran tentera tembak diri sendiri, ‘kirim’ bunga selepas ajal... Isteri dedah sikap pelik suami sejak bulan madu

Laporan bedah siasat penting untuk mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG veteran tentera ditemukan maut dengan kesan tembakan sehari selepas dia pulang dari percutian bulan madu bersama isterinya.

Mangsa berusia 28 tahun, dipercayai menembak dirinya sendiri ketika berada di dalam hutan berhampiran rumahnya.

Isterinya, Isabel, 32, tidak menyangka perubahan sikap suaminya sejurus pulang dari bulan madu akan berakhir tragedi.

Malah dia cuba menghalang suaminya keluar dari rumah sebelum kejadian berlaku, namun tidak berjaya.

"Pada waktu pagi, dia sedang melipat pakaian, dan keadaannya agak pelik. 

"Saya bertanya sekiranya terdapat apa yang salah, tapi dia berkata 'tiada apa-apa' dan terus turun ke bawah untuk keluar. 

"Saya berdiri di depan pintu dan bertanya apa yang berlaku," kata Isabel yang terkejut apabila dimaklumkan dengan insiden menimpa suaminya pada keesokan hari.

Lebih menyedihkan apabila, dia menerima sejambak bunga selepas kematian suaminya.

Ia berikutan, mendiang suaminya telah menempah bunga untuk dihantar pada tarikh tersebut.

Kedua-dua pasangan ini mendirikan rumah tangga selepas 18 bulan mengikat tali pertunangan sejak September lalu. -WION

Artikel Lain