SEORANG ibu terkejut selepas mengetahui anak perempuannya menjalinkan hubungan seksual dengan jiran mereka yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun.
Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa membaca perbualan antara lelaki itu dengan anak perempuannya yang masih bersekolah rendah menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Ketua Polis Wonogiri, AKPB Jarot Sungkowo, kanak-kanak itu mengakui dia menjadi mangsa perkosa suspek sebanyak tujuh kali sepanjang tempoh sebulan.
Susulan itu, suspek ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan tersebut berulang kali di rumah mangsa yang berlokasi di Wonogiri, Indonesia antara 14 Mac hingga 17 April.
Dalam pengakuannya, suspek menyatakan bahawa dia akan bertanggungjawab sekiranya mangsa hamil akibat daripada perbuatannya.
Selain itu, suspek juga memberikan wang dan beberapa hadiah kepada mangsa sebelum menjalinkan hubungan asmara dengan kanak-kanak bawah umur tersebut.
Sebagai peringatan, hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah satu kesalahan jenayah serius di bawah undang-undang.
Individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali tanpa mengira sama ada terdapat kerelaan daripada pihak bawah umur.


