suria

Mengadu sakit ketika buang air besar, budak bawah umur diliwat dengan upah RM13

Kes pedofilia semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat. -Gambar hiasan

MENGADU sakit ketika membuang air besar membongkarkan perbuatan terkutuk seorang lelaki yang didakwa meliwat kanak-kanak bawah umur.

Mangsa yang bersekolah rendah membuat pengakuan dirinya menjadi mangsa keganasan seksual.

Kejadian berlaku di Jawa Timur, Indonesia.

Susulan itu, ibu bapa mangsa melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Unit Jenayah Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Polis Magetan, Aiptu Totok Sudiartanto berkata, suspek menggunakan taktik mengumpan mangsa dengan memberikan upah sebanyak 50,000 Rupiah (RM13) kerana melakukan penghantaran rim motosikal.

"Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam rumah dan diikat sebelum dirogol suspek," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan dedah jadi mangsa rogol 16 lelaki, diberi upah RM13 ‘tutup mulut’

Berdasarkan pengakuan, seramai tiga kanak-kanak didakwa pernah menjadi mangsa kepada suspek berusia 19 tahun.

Dalam pada itu, polis turut menemukan beberapa potongan tali rafia berwarna kuning dipercayai digunakan untuk mengikat mangsa.

Antara barang-barang lain yang ditemukan di tempat kejadian adalah tali leher pengakap, paku, tukul, dan getah rambut.

Suspek yang ditahan kini berdepan dengan dua pertuduhan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda jika disabit kesalahan. -Agensi

Artikel Lain