suria

Pengarah hospital daerah letak jawatan! Rempuh dua jurukamera TV, buat ujian alkohol selepas 3 jam kemalangan

Pengarah hospital daerah didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan mencederakan dua individu.

PENGARAH salah sebuah hospital daerah terkemuka melepaskan jawatannya selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan dua individu di sebuah warung tepi jalan.

Difahamkan, kontrak perkhidmatannya masih berbaki satu tahun.

Dalam kejadian pada malam 30 April lalu, dia sedang memandu kenderaan kementerian kesihatan untuk ke sebuah kedai di tepi jalan.

Setibanya di lokasi kejadian di Muang, Thailand, dia tiba-tiba merempuh dua pelanggan yang juga  jurukamera televisyen Amarin TV, Aes Eiampha berusia 33 tahun dan Thossawat Inpook, 35, dari Thairath TV.

Pada masa itu, dia juga enggan mengambil ujian alat pernafasan dan hanya memberikan kerjasama selepas tiga jam kemalangan berlaku.

Hasil ujian mendapati, tahap alkohol 119 miligram setiap 100 mililiter, jauh melebihi had undang-undang 50. -Bangkok Post

 

Artikel Lain