suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkejut terima emel dari bos, pekerja baru ‘spill the tea’ peraturan syarikat... "CEO minta laporan harian daripada HR"

Setiap pekerja perlu patuh pada peraturan syarikat. -Gambar hiasan

SETIAP syarikat mempunyai peraturan yang tersendiri dan perlu dipatuhi oleh pekerjanya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang lelaki meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui dia mungkin diberhentikan sekiranya melebihi tempoh masa rehat yang ditetapkan syarikat.

Ia berikutan, setiap pekerja di syarikat yang baru disertainya itu, menerima notis menerusi emel yang menyatakan "perkhidmatan dihentikan sekiranya melepasi waktu rehat selama 15 minit".

"Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menghantar e-mel kepada pasukan yang memaklumkan pelanggaran masa rehat secara berulang, akan diberhentikan kerja," ujarnya.

Pada masa sama, dia membandingkan peraturan tersebut dengan tempat kerja sebelum.

"Saya telah bekerja selama hampir dua tahun dalam persekitaran yang mana kerja disiapkan pada penghujung hari.

"Pekerja boleh mengambil berapa banyak rehat yang dimahukan, tetapi tiada siapa yang mengeksploitasi kebebasan itu," tambahnya.

Lebih mengejutkan apabila dia memaklumkan, pihak Sumber Manusia (HR) perlu menghantar laporan dan memantau setiap pekerja dengan teliti.

"Sekarang, CEO minta laporan harian daripada HR mengenai rehat semua orang... sesiapa yang melebihi had masa, iaitu 15 minit, akan ditamatkan perkhidmatan jika kesalahan ini berulang," katanya. -Hindustan Times

Artikel Lain