suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan mati ketika buat liputan, isteri pula baru terkorban dalam nahas jalan raya

Adan Manzano meninggal dunia pada Rabu.

WARTAWAN sukan Adan Manzano meninggal dunia pada usia 27 tahun ketika membuat liputan perlawanan antara Kansas City Chiefs dan Philadelphia Eagles.

Pemergian itu ternyata mengejutkan ramai memandangkan isterinya baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan di Topeka, Kansas, Amerika Syarikat pada April tahun lalu.

Pasangan itu meninggalkan seorang cahaya mata mereka yang masih kecil.

Manzano bertugas sebagai wartawan untuk Telemundo Kansas City dan Tico Sports.

Dia dijadualkan menjadi penyampai dan membuat liputan Super Bowl, namun menghembuskan nafas terakhir pada hari Rabu.

Siasatan mengenai punca kematiannya sedang dijalankan.

Manzano berasal dari Mexico dan berpindah ke Topeka pada 2018. - Agensi.

Artikel Lain