suria

3 cikgu sekolah menengah rogol pelajar perempuan, pengetua minta ibu mangsa buat laporan polis

Tiga guru ditahan atas dakwaan merogol seorang pelajar. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar perempuan mendakwa dirogol tiga guru lelaki dari sekolahnya.

Menurut polis, ia berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah Krishnagiri,Tamil Nadu, India.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa tidak hadir ke sekolah sejak lebih sebulan lalu.

Selepas disiasat oleh pengetua, ibu mangsa mendedahkan serangan yang dihadapi anaknya yang menyebabkan dia trauma untuk ke sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang!

Pengetua segera menasihati wanita itu untuk membuat laporan kepada pihak polis dan juga Pegawai Perlindungan Kanak-Kanak.

Susulan laporan yang dibuat ibu mangsa, tiga suspek ditahan dan satu kes difailkan terhadap mereka di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (Pocso).

Insiden itu turut mencetuskan kemarahan di kawasan berkenaan, malah waris mangsa turut mendesak tiga pelaku dikenakan tindakan tegas.

Dalam perkembangan lain, mangsa kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital. - Agensi

Artikel Lain