suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahanan lelaki berjaya lolos, sempat rogol 156 banduan wanita sebelum bakar penjara

Lebih 150 banduan wanita dirogol pada minggu lalu. -Gambar hiasan

LEBIH 150 banduan wanita dirogol dan dibakar hingga mati dalam satu insiden di sebuah penjara minggu lalu.

Kekecohan itu berlaku selepas lebih 4,000 banduan lelaki meloloskan diri dari Penjara Muzenze di Goma, Republik Demokratik Congo (DRC).

Ia juga berlaku ketika kumpulan pemberontak M23 bertempur dengan pasukan Congo di Goma bagi merebut kawalan ke atas bandar itu, menurut Radio Okapi.

Menurut jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, Seif Magango, 156 banduan wanita dirogol.

ARTIKEL BERKAITAN: Warden penjara bongkar rancangan genius banduan loloskan diri, nyaris bebas tapi akhirnya kecundang

Malah, ada dalam kalangan mangsa yang turut terbunuh apabila fasiliti itu dibakar oleh tahanan lelaki.

Penjara itu sudah dikosongkan selepas ia mengalami kemusnahan sepenuhnya.

Banduan lelaki terbabit pula, sebahagiannya ditembak mati oleh pengawal penjara ketika melarikan diri.

Menteri Komunikasi DRC, Patrick Muyaya, mengesahkan kejadian rogol terhadap 165 wanita itu, memberitahu CNN yang “kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam itu.” - Agensi.

Artikel Lain