suria

Lelaki bakar rakan sekerja kerana kecewa cinta ditolak

Seorang lelaki ditahan kerana didakwa membakar rakan wanita. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis kerana didakwa bertindak membakar rakan wanitanya gara-gara cintanya ditolak.

Penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Difahamkan, suspek dan mangsa merupakan rakan sekerja sejak lima tahun lalu dan suspek mengaku kecewa apabila cintanya ditolak.

Kejadian berlaku di Bandarlampung di Lampung, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bandarlampung, Komisioner Enrico Donald Sidauruk berkata, modus operandi yang digunakan suspek adalah mengekori mangsa yang menaiki motosikal.

"Selepas menghampiri mangsa, kemudiannya mangsa disimbah cecair bahan api. Pemetik api dihidupkan dan mangsa dibakar. Keadaan mangsa 30-40 peratus melecur di bahagian badan," katanya.

Berdasarkan hasil siasatan, Enrico memberitahu, suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain dan suspek mengaku mengaku kecewa dengan mangsa.

"Mangsa dan suspek sudah lama mengenali antara satu sama lain. Suspek dipercayai kecewa atau tidak menyukai mangsa sebegitu," katanya.

Pelaku kini ditahan dan didakwa dengan sengaja membakar dan perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian bagi orang lain atau serangan yang menyebabkan kecederaan parah.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Artikel Lain