suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki pecah masuk rumah bekas isteri, larikan barangan berharga... Tergamak tumbuk muka mangsa

Keselamatan di rumah perlu diutamakan untuk mengelakkan ancaman bahaya. -Gambar hiasan

WALAUPUN sudah berpisah tetapi masih menyusahkan.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki tergamak memecah masuk rumah bekas isterinya untuk melarikan barangan berharga pada Selasa.

Dalam kejadian di Aceh, Indonesia itu, suspek dikenali sebagai N berusia 45 tahun dikatakan menceroboh masuk ke dalam rumah bekas pasangannya menerusi ruang saluran udara.

Insiden pecah masuk itu disedari oleh mangsa yang kemudiannya menyergah suspek.

Suspek yang terkejut bertindak menumbuk muka mangsa pada bahagian muka sehingga pengsan.

Antara barangan yang dicuri oleh suspek adalah beg tangan, telefon bimbit dan barang kemas.

Mangsa membuat laporan polis selepas kejadian dan suspek berjaya ditahan polis pada keesokan harinya.

Difahamkan mangsa dan suspek bercerai pada tahun lepas.

Kejadian ini bukan yang kali pertama berlaku, sebelum ini suspek pernah mencuri kad bank milik bekas isterinya. -Agensi

Artikel Lain