suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut ditikam gara-gara sehelai baju berharga RM15

Pergaduhan yang bermula daripada perselisihan kecil boleh bertukar menjadi tragedi. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki maut ditikam gara-gara berselisih faham mengenai pembelian sehelai T-shirt berharga Rs 300 (kira-kira RM15.30).

Menurut polis, kejadian bermula apabila seorang lelaki membeli baju tersebut secara dalam talian, namun bertindak menjualnya kepada mangsa kerana tidak menepati ukuran.

"Namun, mangsa menangguhkan pembayaran baju tersebut. Apabila suspek mendesak, mangsa bertindak membaling wang itu kepadanya, yang membuatkan suspek marah," demikian menurut jurucakap polis.

Suspek yang tidak berpuas hati bertindak memanggil mangsa untuk berjumpa dia dan abangnya berhampiran sebuah jejambat, pada Ahad.

"Mangsa telah ditikam hingga mati oleh suspek. Kedua-dua beradik itu melarikan diri selepas kejadian," katanya lagi.

Kejadian dilaporkan berlaku di Nagpur, India.

Kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya ditangkap dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis.

Artikel Lain