suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertelingkah isu upacara pengebumian, anak lelaki cadang mayat bapa dikerat dua bahagian

Ahli keluarga perlu saling memberi sokongan apabila berlakunya kematian insan tersayang. -Gambar hiasan

DUA beradik mencetuskan kejutan apabila mencadangkan untuk memotong jasad bapa mereka yang telah meninggal dunia kepada dua bahagian, selepas berlaku perselisihan mengenai hak untuk melaksanakan upacara pengebumian.

Pertikaian antara Kishan dan adiknya, Damodar akhirnya terpaksa dileraikan oleh pihak berkuasa.

Kejadian yang berlaku di daerah Tikamgarh, Madhya Pradesh itu bermula apabila Kishan membantah Damodar untuk melaksanakan upacara tersebut, dengan mendakwa bahawa dia berhak kerana merupakan anak sulung.

Namun, Damodar tidak bersetuju dengan mengatakan bahawa dia telah menjaga bapa mereka semasa hayat lelaki itu, sementara Kishan pula mengabaikan tanggungjawab tersebut.

Situasi tegang antara kedua-dua beradik berkenaan semakin meruncing, dengan Kishan mencadangkan agar jasad bapa mereka dipotong kepada dua bahagian supaya upacara pengebumian dapat dilakukan secara berasingan.

Penduduk kampung dan saudara-mara yang bimbang situasi akan bertambah buruk, kemudian bertindak menghubungi pihak polis.

Pegawai polis dari Balai Polis Jatara tiba di lokasi bertindak campur tangan dengan memberikan nasihat kepada kedua-dua beradik tersebut.

Setelah berbincang dengan ahli keluarga dan penduduk kampung, polis memutuskan bahawa upacara pengebumian tersebut dilaksanakan oleh Damodar, manakala Kishan dinasihatkan untuk bekerjasama.

Artikel Lain