suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi berdua-duaan dalam bilik tidur, bapa pukul kekasih anak sampai mati

Sikap amarah yang tidak dibendung boleh mengakibatkan kematian. - Gambar hiasan

SEORANG bapa memukul teman lelaki anaknya dengan batang besi selepas mendapati mereka sedang berdua-duaan di dalam bilik tidur rumahnya.

Malah, lelaki berusia 48 tahun itu turut memukul anak perempuannya hingga kritikal pada kejadian lewat malam Ahad.

Menurut polis, mangsa lelaki berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, manakala anak perempuan suspek berusia 22 tahun diberikan rawatan kecemasan.

"Kami telah menahan bapa mangsa kerana membunuh teman lelaki anaknya dari kampung yang sama dan mencederakan anak perempuannya.

"Abang kepada si mati telah membuat laporan di balai polis. Siasatan masih berjalan, walaupun kami telah menahan tertuduh,” kata Superintendan Polis Moradabad, Subhash Gangwar.

Kejadian itu berlaku di Kampung Daulawala di Uttar Pradesh, India.

Menurut ibu mangsa pula, suspek tidak pernah menyukai anaknya.

“Ketika dia memukul anak saya, anak perempuannya datang menyelamatkannya, tetapi bapanya terus memukul dengan batang besi.

"Dia kemudian mengheret kedua-duanya ke luar pintu rumahnya pada lewat malam,” kata ibu mangsa.- Agensi

Artikel Lain