suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump sahkan bom lebih 900kg ‘dalam perjalanan’ ke Israel

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan bahawa 'banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden, kini dalam perjalanan ke negara berkenaan'.

Ini termasuklah penghantaran 1,800 bom MK-84 yang tertangguh selama beberapa bulan, lapor Anadolu.

Kenyataan Trump di platform Truth Social pada Sabtu (25 Januari) dibuat berikutan keputusan Pentagon untuk menarik balik sekatan terhadap penghantaran 'bom', yang dikenakan pada Mei lalu oleh pentadbiran Biden.

Laman agensi berita Amerika, Axios, melaporkan bahawa sekatan itu ditarik balik pada Jumaat (24 Jan).

Bom seberat 907.2 kilogram (kg) yang sebelum ini disimpan di Amerika dijangka dihantar ke Israel dalam beberapa hari akan datang.

Sekatan yang dikenakan oleh Biden sebelum ini bertujuan untuk membantah tindakan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Keputusan mantan presiden AS itu mencetuskan salah satu krisis paling signifikan dalam hubungan Amerika-Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menggunakan kelewatan tersebut sebagai alat politik dengan mengumpulkan sokongan daripada penggubal undang-undang Republikan Amerika yang mengkritik pendirian Biden, walaupun sekatan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap potensi korban awam di Gaza.

Artikel Lain