suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepala janda anak dua dipenggal, kaki dikerat

Suspek kes bunuh masih lagi dikesan. - Gambar hiasan

MAYAT seorang wanita tanpa kepala dan kaki ditemukan dalam bungkusan di tempat pembuangan sampah.

Bungkusan itu menimbulkan rasa curiga penduduk kampung pada Khamis, kerana saiznya yang terlalu besar.

"Pada mulanya saya berasa curiga. Alangkah terkejutnya selepas melihat mayat wanita dalam keadaan bogel dibungkus dengan cadar.

"Saya terus melaporkan kejadian itu kepada ketua kampung," kata penduduk yang dikenali sebagai Yusof.

Kejadian itu berlaku di Kabupaten Ngawi, Jawa Timur di Indonesia.

Hasil siasatan awal pihak berkuasa yang mengenal pasti identiti berdasarkan ciri fizikal, aksesori dan cap jari menunjukkan mangsa dikenali sebagai Uswatun Khasanah, 29,

"Kami masih mengesan bahagian kepala dan kakinya serta juga sedang memburu suspek," kata jurucakap polis.

Mangsa bunuh berusia 29 tahun. -  Gambar TikTok

Mangsa bunuh berusia 29 tahun. - Gambar TikTok

Bapa mangsa, Hendi Suprapto merayu supaya pihak berkuasa segera memberkas suspek dan mengheretnya ke muka pengadilan.

"Saya sangat sedih kerana anak saya dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat.

"Saya tidak tahu jika dia ada musuh atau tidak," katanya yang mengesahkan mayat tidak lengkap itu sudah dihantar pulang ke rumah keluarganya.

Sementara itu, laporan autopsi mendapati kematian janda dua anak itu akibat sukar bernafas kerana kekurangan oksigen.

Ia berkemungkinan mangsa dicekik atau lehernya dipenggal pembunuhnya.

Tubuhnya dikerat-kerat kepada beberapa bahagian dan pelaku juga melakukan tindakan kekerasan ke atasnya berdasarkan kesan luka.

Mangsa dilaporkan tiga kali berkahwin dengan diceraikan suami pertama dan kedua.

Manakala suami ketiga menghilangkan diri. -Agensi

Artikel Lain