suria

Lima lelaki ditahan selepas culik, rogol wanita sakit mental

Mangsa rogol akan berdepan trauma berpanjangan. - Gambar hiasan

LIMA lelaki ditahan polis kerana didakwa merogol seorang wanita yang menghadapi masalah mental.

Dalam kejadian antara Sabtu dan Ahad pada jam 8 malam hingga 3.30 pagi itu, mangsa dipercayai diculik sebelum dirogol.

Polis melakukan siasatan selepas menerima laporan daripada ibu mangsa yang mendakwa salah seorang suspek adalah rakan anaknya.

Menurut polis, mangsa diculik di stesen bas dengan kemudiannya dibawa menaiki bas ke lokasi lain.

Dia kemudian dibawa dengan motosikal ke lokasi berikutnya, di mana empat lelaki lain menyertai mereka.

“Kelima-lima suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah flat menggunakan sebuah kereta, di mana mereka semua merogol mangsa,” kata polis.

Kejadian berlaku di Goa Selatan, India.

Laporan ibu mangsa mendakwa suspek mengeksploitasi keadaan mental anaknya sebelum merogol.

Polis mendakwa lima lelaki dengan empat daripadanya berusia 18 tahun, manakala seorang berusia 22 tahun atas tuduhan merogol beramai-ramai dan seksyen lain yang berkaitan.

"Mangsa berusia 20-an pernah menjalani rawatan untuk masalah kesihatan mental sebelum ini dan telah mengambil ubat untuk beberapa waktu.

"Selepas kejadian, dia kelihatan bingung dan tertekan serta mengadu kepada ibunya, yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis," kata polis.- Agensi

Artikel Lain