suria

Guru tidur dengan pelajar dibebas selepas dipenjara satu tahun, dikatakan berkelakuan baik

Mangsa rogol berkemungkinan mengalami trauma. -Gambar hiasan

SEORANG guru wanita yang tidur dengan beberapa pelajar berusia 15 tahun dibebaskan selepas hanya menjalani hukuman penjara setahun.

Guru berusia 35 tahun itu sebelum ini ditangkap kerana tidur bersama dua pelajar ketika sedang bekerja.

Pelajar yang masing-masing berumur 15 dan 16 tahun pada masa itu mengambil masa empat setengah tahun untuk mengakui kejadian berkenaan.

Selepas perbicaraan, guru terbabit dipenjara selama empat tahun tetapi kini dibebaskan selepas menjalani hukuman hanya setahun.

Menurut saluran berita tempatan, guru itu telah bertunang ketika pertama kali bertemu pelajar muda itu pada September 2016.

Kejadian berlaku di Kanada.

Dia menjalin hubungan dengan salah seorang pelajar melalui mesej teks.

Kemudian meminta untuk mencium sebagai hadiah awal Krismas dan perbuatan terlarang itu berlaku ketika dia memandu.

Selepas itu, mereka berhenti di tepi jalan dan 'bermesra' di dalam keretanya.

Beberapa bulan kemudian hubungan mereka menjadi retak selepas pelajar itu meminta berhenti dari mengganggunya atau dia akan memberitahu kepada keluarga dan sekolah.

Selepas itu, guru itu menggunakan pendekatan yang sama kepada pelajar lain.

Polis akhirnya dipanggil dan waran geledah membawa kepada ujian yang menunjukkan air mani seorang remaja ditemui di tempat duduk penumpang dan selendang di but kereta.

Selepas dipenjara setahun, dia diberi parol sehari pada 20 Jun 2024, dan kemudian parol penuh pada 10 Disember 2024.

Di penjara, guru itu dikatakan mengambil bahagian dalam pengajian Bible, pengurusan kebimbangan dan kursus penyelesaian konflik. - Agensi

Artikel Lain