suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mabuk merangkak atas jalan, jadi punca kesesakan lalu lintas

Tangkap layar video tular di media sosial.

SEBUAH video tular memaparkan seorang lelaki warga asing yang mabuk sedang merangkak di tengah jalan raya.

Dua lelaki tempatan cuba membantu mengalihkannya ke tepi jalan, namun dia menolak bantuan mereka.

Akibatnya, kedua-dua lelaki itu terpaksa menarik baju warga asing tersebut dan mengheretnya ke tepi jalan.

Namun, dia terus melawan dan kembali berbaring di atas jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergaduhan berakhir tragedi, bapa mabuk pukul anak hingga maut

Pada penghujung video, sekumpulan lelaki termasuk penunggang teksi bertindak mengangkat lelaki itu ke dalam sebuah kenderaan polis.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan status kewarganegaraan lelaki itu.

Video yang dirakam di kawasan kejiranan Town in Town, daerah Wang Thong Lang, Thailand itu dikongsi menerusi laman Facebook berita Jmoi v+. - Agensi.

Artikel Lain