suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influencer meninggal dunia, kena serangan jantung selepas disuntik bius

Godoi memiliki lebih 200,000 pengikut di media sosial.

PEMPENGARUH Ricardo Godoi meninggal dunia selepas menerima suntikan bius di sebuah hospital.

Gadoi, 45, mengalami serangan jantung selepas dibius untuk mengurangkan kesakitan bagi menjalani proses mencacah tatu penuh di bahagian belakangnya.

Kematian pempengaruh Brazil berusia 45 tahun itu diumumkan oleh wakilnya menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat kongsi rasa teruja, influencer maut beberapa jam selepas rawatan sedut lemak

"Kami dengan penuh dukacita mengumumkan kematian Ricardo Godoi. Dalam saat sukar ini, kami bersama keluarga dan rakan-rakan, mendoakan kekuatan dan ketabahan buat mereka yang menghadapi kehilangan ini.

"Semoga kenangan terhadap Ricardo Godoi dipenuhi dengan kasih sayang dan penghormatan oleh mereka yang mengenalinya," menurut kenyataan itu.

Khabar duka itu ternyata mengejutkan lebih 225,000 pengikutnya di Instagram.

Untuk rekod, Godoi terkenal di media sosial kerana kepakarannya dalam kereta mewah. - Agensi.

Artikel Lain