SEORANG pempengaruh media sosial meninggal dunia selepas beberapa jam menjalani rawatan sedut lemak (liposuction) di sebuah klinik. Difahamkan, klinik tersebut didakwa membiarkan staf tidak dilatih untuk menjalankan rawatan beberapa hari sebelum pembedahan ke atas mangsa. Wanita berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Liu terkenal di Yancheng, Jiangsu di China kerana videonya menari dan menyanyi di media sosial. Liu dikenali kerana videonya menari dan menyanyi di media sosial. Foto NX Menurut seorang rakan, mangsa meninggal dunia beberapa jam selepas menjalani prosedur tersebut, pada 26 November lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Influencer sawan sebelum maut gara-gara sedut lemak, polis tahan doktor klinik kecantikan ARTIKEL BERKAITAN: Tersalah makan kacang tanah, influncer wanita terkenal meninggal dunia... Rayuan bawa ke hospital tak dilayan! Selain mengusahakan kedai urut kaki, Liu juga merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Dilaporkan, Liu sempat berkongsi keterujaannya bersama peminat mengenai pembedahan yang akan dilakukannya. Dalam pada itu, polis mengesahkan klinik yang menjalani pembedahan untuk Liu kini dalam siasatan. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube