suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tersalah makan kacang tanah, influncer wanita terkenal meninggal dunia... Rayuan bawa ke hospital tak dilayan!

Brown meninggal dunia pada 5 Disember.

PEMPENGARUH terkenal Dominique Brown meninggal dunia pada usia 34 tahun akibat reaksi alergi teruk semasa menghadiri sebuah acara di Los Angeles pada 5 Disember.

Menurut beberapa hadirin, Brown secara tidak sengaja mengambil makanan yang mengandungi kacang tanah.

Sementara itu seorang pengguna X, @hideyagrannies mendakwa Brown juga ada bertanya tentang kandungan makanan tersebut.

"Dia bertanya jika ada kacang dalam makanan itu, dan semua orang memberitahunya tidak ada.

"Apabila dia mula rasa sakit, dia minta seseorang bawa ke hospital. Tapi malangnya semua orang menolak dan menyuruhnya bergambar dulu. Sangat menyedihkan," katanya.

Brown dikenali sebagai pempengaruh yang berinspirasikan Disney dan menggunakan nama HellooDomo di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir ragut nyawa influencer, hanyut dibawa arus deras... Suami selamat berpaut pada kereta

Selepas kematian Brown, abangnya Patrick Ramos, mengambil alih akaun media sosialnya dan berkongsi satu kenyataan.

"Saya ingin mengambil masa seketika untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga media sosialnya kerana menunjukkan begitu banyak kasih sayang dan sokongan.

"Saya akan merindui kakak dan sahabat baik saya serta senyuman manisnya yang sentiasa ada. Terima kasih, dari lubuk hati saya yang paling dalam," tulisnya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain