suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita umur 67 tahun dirogol, mayat dibiar dalam keadaan separuh bogel... Perompak gadai barang kemas mangsa

Barang kemas yang dipakai wanita sering menjadi sasaran penjenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 67 tahun bukan sahaja dirogol, malah turut dibunuh dengan kejam pada Selasa.

Mangsa dibunuh oleh seorang lelaki yang merompak kediamannya di Mangalapuram, Kerala, India.

Menurut polis, wanita itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel di perkarangan rumahnya, kira-kira pukul 7 pagi.

Kakak mangsa yang tinggal berdekatan merupakan individu pertama yang menyedari kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis disyaki cabul remaja perempuan... Ibu nafi salah laku, anak dilayan baik

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang dikenal pasti identitinya menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Lelaki itu dikenali sebagai Thoufeeg yang berasal dari Pothencode.

Menurut polis, tertuduh ditahan ketika dia mahu pulang ke rumah selepas menjual barang kemas milik mangsa. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain