suria

Tragedi pasang sensor urus banjir, pekerja maut terkena renjatan elektrik

Seorang maut dalam kejadian itu. -Gambar hiasan

SEORANG pekerja maut akibat renjatan elektrik dan lemas ketika memasang sensor pusat kawalan banjir.

Kejadian berlaku dipercayai melibatkan anggota Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD).

Mangsa bersama dua rakannya memasang sensor tersebut ketika kejadian berlaku di Pintu Air Petamburan, Jakarta Pusat di Indonesia, pada Isnin lalu.

Walaupun diberi amaran agar menunggu hujan reda, namun dua daripada mereka tetap meneruskan kerja pemasangan.

Tidak lama kemudian, mereka terdengar bunyi letupan dan melihat percikan api daripada kabel elektrik yang menyentuh sebatang tiang.

Akibat kejadian itu, seorang pekerja terjatuh ke atas scaffolding (perancah), manakala seorang lagi dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Selepas misi pencarian, pihak bomba menemukan mayat seorang mangsa berusia 21 tahun.

Seorang lagi mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Pusat Data BPBD DKI Jakarta, Mohamad Yohan, mengesahkan kejadian itu bagaimanapun menjelaskan kesemua mangsa bukan kakitangan BPBD.

Menurut Yohan, mereka merupakan pekerja dari syarikat swasta yang ditugaskan untuk memasang sensor tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Lain