suria

Ajal di kedai urut, lelaki maut selepas jalani sesi urutan badan

Lelaki maut selepas menjalani servis urusan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 52 tahun maut di sebuah kedai urut selepas menjalani servis urutan badan menggunakan minyak.

Menurut kakitangan perubatan, mayat mangsa diambil dari kedai urut untuk melakukan bedah siasat.

Kejadian yang menimpa seorang pelancong warga Singapura itu berlaku di Patong di Phuket, Thailand pada Sabtu lalu.

Namun dilaporkan, salah seorang pekerja kedai urut menyatakan tukang urut yang menyediakan servis kepada mangsa tidak bekerja pada hari kejadian.

Pekerja itu menegaskan bahawa lelaki itu meninggal dunia di hospital dan bukan di kedai. Bagaimanapun, dia mendedahkan bahawa mangsa merupakan pelanggan tetap kedai urut berkenaan.

Dia turut mendakwa isteri mangsa sebelum ini mendedahkan lelaki itu kurang tidur dan kerap mengambil minuman keras, yang boleh menyumbang kepada punca kematian.

Dalam pada itu, Superintendan Polis Patong, Chalermchai Hernsawat berkata, mangsa mengalami kesukaran bernafas ketika masih berada di kedai urut.

Pekerja dan penyelamat melakukan CPR namun tidak berjaya, sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Isteri mangsa turut berada di kedai pada hari kejadian. Jelasnya, suaminya kurang bersenam, dan mengambil bir sebelum menjalani urutan minyak selama 45 minit.

Selepas sesi itu, mangsa berehat di kedai tetapi mula berdengkur dengan kuat dan kemudian mengalami kesukaran bernafas.

Polis dan pegawai perubatan kemudian mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia sebelum tiba di hospital. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain