SEORANG tukang gunting rambut menggemparkan orang ramai apabila melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan kedainya menerusi cermin tingkap. Aksi lucah lelaki berkenaan melakukan onani secara terbuka itu dirakamkan. Difahamkan, dia sering melakukan perbuatan itu tanpa segan silu beberapa kali. Kejadian berlaku di wilayah Ang Thong, Thailand. Laporan Channel 8 memaparkan video perbuatan lelaki itu melakukan onani di hadapan cermin tingkap kedai, sambil disaksikan oleh orang ramai termasuk peniaga dan pelajar. Aksi tidak senonoh tukang gunting itu dirakam orang ramai. Foto Channel 8 Seorang wanita berusia 40 tahun yang berniaga berhadapan kedai gunting rambut tersebut memberitahu bahawa lelaki itu akan melakukan perbuatan tersebut setiap kali tiada pelanggan. Sementara itu, pasukan dari Balai Polis Mueang Ang Thong ke kedai gunting rambut tersebut dan memberi amaran kepada suspek bahawa dia akan ditahan sekiranya mengulangi kesalahan itu. Isteri suspek yang terkejut dengan kejadian yang berlaku turut memohon maaf atas kelakuan suaminya. Wanita itu turut disarankan agar membawa suaminya untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Sebagai peringatan, melakukan perbuatan lucah adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube