suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki berang sering diejek tikam 3 anak jiran, seorang maut

Suspek mengaku tidak menyesal melakukan jenayah tersebut.

SEORANG lelaki berusia 41 tahun didakwa menikam tiga kanak-kanak yang merupakan jirannya.

Suspek bagaimanapun mengaku tidak menyesal melakukan perbuatan itu.

Kejadian berlaku di Percut Sei Tuan, Deli Serdang, Indonesia pada Isnin lalu.

Ketua Polis Tembung, Kompol Jhonson M Sitompul berkata, suspek bertindak demikian kerana perasaan benci dan sakit hati akibat sering diejek oleh mangsa.

Mangsa-mangsa tersebut berusia tujuh, lima dan empat tahun.

Pada hari kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan suasana di kawasan itu sunyi kerana ramai penduduk menghadiri majlis pengebumian di lokasi berdekatan.

Suspek kemudian mengambil tindakan agresif dengan menikam ketiga-tiga mangsa menggunakan pisau.

Seorang mangsa meninggal dunia, manakala dua lagi parah dan terpaksa menjalani pembedahan.

Suspek melarikan diri sebelum ditahan polis untuk siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan termasuk membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain