suria

Budak lelaki parah diserang guna pisau... Nenek mangsa dakwa wanita perdaya cucu masuk bilik

Keluarga mangsa menyerang suspek kerana tidak berpuas hati. Foto แจ๊ค นักข่าว เมืองชล

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera parah selepas diserang oleh seorang wanita menggunakan pisau di sebuah bilik sewa, pada Ahad.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.

Ketika ditahan di bilik sewa, penyerang berusia 36 tahun itu dalam keadaan mabuk sambil memegang dua pisau.

Kejadian berlaku di Chon Buri, Thailand.

Suspek memberitahu polis bahawa budak lelaki itu memasuki bilik sewanya tanpa kebenaran dan sedang menggeledah barang berharga.

Wanita berkenaan mendakwa menghalau kanak-kanak itu pergi, tetapi tidak mempedulikannya.

Polis terpaksa menenangkan keluarga mangsa yang menyerang suspek. - Gambar แจ๊ค นักข่าว เมืองชล

Polis meleraikan pergaduhan yang melibatkan keluarga mangsa dan suspek. Foto แจ๊ค นักข่าว เมืองชล

Suspek kemudian mengambil dua pisau bagi tujuan menakutkan kanak-kanak berkenaan. Wanita itu menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mencederakan mangsa dan kecederaan yang berlaku adalah tidak disengajakan.

Bagaimanapun, nenek kepada kanak-kanak berkenaan memberikan laporan yang bercanggah.

Nenek mangsa mendakwa suspek memperdayakan cucunya masuk ke bilik wanita itu dengan menawarkan makanan ringan dan menyerangnya menggunakan pisau tanpa sebab yang jelas.

Keadaan bertukar kecoh apabila polis menahan suspek dan membawanya keluar dari biliknya sebelum sekumpulan saudara kepada kanak-kanak itu bertindak dengan menyerangnya.

Pegawai polis kemudian campur tangan untuk menghentikan pergaduhan dan suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain