suria

Suami tikam isteri berulang kali sampai mati, percaya khabar angin pasangan berlaku curang

Sikap amarah boleh berakhir dengan kematian. - Gambar hiasan

SEORANG lelaki nekad membunuh isterinya dengan menikam berulang kali menggunakan pisau selepas menerima khabar angin bahawa wanita terbabit mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain, pada Jumaat.

Sebelum kejadian, supek berusia 30 tahun yang baru pulang dari bekerja di luar kawasan menghubungi ibunya untuk bertanyakan keberadaan isterinya yang berumur 21 tahun.

Namun, jawapan yang diberikan ibunya menimbulkan rasa curiga, wanita berkenaan dikatakan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

Suspek kemudiannya bergegas pulang ke kampung halaman isterinya di Lorwembun, Maluku, Indonesia.

Selepas bertemu keluarga, suspek dikhabarkan oleh abang iparnya tentang desas-desus kecurangan si isteri, ia sekali gus mencetuskan kemarahan yang meluap-luap.

Abang ipar turut memberitahu suspek bahawa isterinya mungkin berada di Saumlaki.

Suspek (dua kiri) ditahan pihak berkuasa selepas membunuh isterinya kerana cemburu. - Gambar Humas Polda Maluku

Suspek (dua kiri) ditahan pihak berkuasa selepas membunuh isterinya. - Gambar Humas Polda Maluku

“Setibanya di Saumlaki, suspek menghubungi isteri dan meminta mangsa berjumpanya di depan deretan kedai, berhampiran pintu masuk terminal Pasar Omele.

“Apabila mangsa sedang berbincang dengan suspek untuk menjelaskan segalanya, seorang lelaki lain kebetulan menelefon mangsa, menyebabkan suspek bertambah curiga.

"Dia kemudian mempersoalkan status hubungan isterinya dengan lelaki berkenaan," kata Ketua Polis Kepulauan Tanimbar, Umar Wijaya.

Walaupun si isteri menafikan sekeras-kerasnya, suspek tetap mencurigai pasangannya itu.

Seterusnya apabila mereka tiba di kawasan belakang rumah kedai, suspek memegang erat tangan mangsa sebelum mengeluarkan pisau.

"Mangsa ditikam dengan pisau lebih daripada empat kali, motif suspek melakukan tindakan ini adalah kerana cemburu," kata Umar kepada pemberita. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain