suria

Gempar! Penyakit misteri ragut nyawa 70 penduduk kampung, komplikasi pernafasan jadi punca kematian

Langkah pembendungan penyakit misteri tersebut sedang dijalankan. -Foto AP

PUNCA kematian yang tidak dapat dikenal pasti sudah tentunya menggerunkan penduduk setempat.

Begitulah kisahnya apabila sekitar 70 individu termasuk kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit misteri yang menular di Republik Demokratik Congo (DRC) sejak awal November.

Menurut keterangan oleh Menteri Kesihatan DRC, Roger Kamba, kebanyakan mangsa meninggal dunia kerana mengalami masalah pernafasan.

“Kematian direkodkan dalam masa dua minggu, antara 10 hingga 25 November di wilayah Kwango, barat daya DRC.

“Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sebanyak 71 kematian berlaku dan 382 kes penyakit misteri ini direkodkan," ujarnya.

Daripada 71 mangsa yang meninggal dunia, 10 maut akibat masalah kekurangan bekalan untuk membuat pemindahan darah, manakala 17 lagi disebabkan oleh komplikasi pernafasan.

Antara simptom lain penyakit misteri tersebut adalah demam, sakit kepala, batuk, anemia dan sukar bernafas.

Siasatan terperinci sedang dijalankan oleh pakar epidemiologi untuk menentukan penyakit misteri tersebut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain