suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesyuarat bertukar kecoh, ular muncul dari poket seluar - “Saya ingat tu kunci motor”

Kehadiran ular berbisa boleh membawa ancaman bahaya. -Gambar hiasan

SUNGGUH tidak disangka bahawa haiwan reptilia boleh memasuki seluar tanpa sedar.

Begitulah pengalaman mencemaskan yang dilalui seorang anggota penguatkuasa dalam kejadian di Muaro Jambi, Sumatera Tengah, Indonesia pada 28 November lalu.

Dikenali sebagai Eka Putra Nasution, anggota itu pada mulanya menyangka pergerakan yang dirasakan pada seluarnya berpunca daripada kunci motosikal di dalam poket.

Namun terkejut apabila menyeluk ke dalam poket dan mendapati ia adalah seekor ular tedung, bukannya kunci motosikal seperti yang disangka.

"Saya ketika itu sedang menghadiri mesyuarat semakan keputusan Pilihan Raya Daerah, ular yang saya tarik keluar itu juga sempat menjalar ke seorang pegawai yang duduk di sebelah saya.

"Memang satu bilik tu jadi kecoh, sampai mesyuarat terpaksa diberhentikan seketika selama 15 minit.

"Ular itu berjaya melarikan diri, kami pun panggil polis untuk mencari semula ular itu, risau ia bersembunyi di dalam bilik ini.

"Polis berjaya jumpa ular itu dan bunuhnya untuk elakkan sebarang risiko bahaya," ujar Eka lega. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain