MALANG tidak berbau! Begitulah kisahnya apabila seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat lima bumbung sebuah pusat beli-belah dalam kejadian di Uthai, Ayutthaya, Thailand pada minggu lalu. Mayat budak lelaki itu ditemukan berhampiran pintu keluar masuk pusat beli-belah tersebut. Dia ditemukan berpakaian seluar pendek biru gelap, baju lengan putih, stoking putih dan kasut coklat. Beberapa pegawai dan pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian, mereka cuba menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan CPR, namun gagal. Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala yang menyebabkan kematian. Lebih pilu, tular video memaparkan ibu dan abang mangsa tiba di lokasi kejadian, mereka dilihat memeluk tubuh mangsa yang tidak bernyawa. Rakaman CCTV menunjukkan detik kejadian. Foto Channel 7 Ketika ditemui pemberita, si ibu berkata anaknya keluar dari rumah untuk bermain bersama rakan-rakan tetapi tidak pulang semula. Oleh itu, si ibu mula berusaha mencari mangsa, dia kemudian menerima panggilan oleh pihak polis memaklumkan kejadian yang berlaku. Siasatan polis masih diteruskan untuk menentukan sekiranya mangsa terjatuh dari bumbung pusat beli-belah secara tidak sengaja atau wujud unsur bunuh diri, memandangkan akses ke lokasi itu adalah terhad. Polis memeriksa kawasan bumbung pusat beli-belah tersebut dan menemukan kesan tapak kasut yang sepadan dengan kasut mangsa. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube