suria

“Kami ingat sudah sampai ajal” - Penumpang imbas detik pesawat nyaris terhempas, burung rempuh cermin kokpit

Keadaan di dalam kokpit pesawat selepas dirempuh burung.

SATU kejadian yang sungguh tidak disangka-sangka berlaku di dalam kokpit pesawat.

Begitulah kisahnya apabila seekor burung hering berlanggar dengan muncung pesawat dan menyebabkan cermin depan kokpit pecah, sehingga angin kencang menderu masuk ke dalam kabin.

Lebih mengerikan apabila bangkai haiwan itu melekat pada cermin tatkala juruterbang berhempas pulas untuk mendaratkan pesawat dengan selamat.

Insiden itu melibatkan sebuah pesawat enjin tunggal yang membawa lima penumpang dari Envira menuju ke Eirunepe di negeri Amazonas, Brazil pada Khamis lalu

Menerusi rakaman video yang menjadi tular itu, kedengaran suara juruterbang berada dalam keadaan panik.

Bagaimanapun hasil kecekapan juruterbang berkenaan, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di lapangan terbang Eirunepe, tanpa sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan serius.

Seorang penumpang ketika ditemui pemberita selepas kejadian mengakui tergamam dengan apa yang berlaku di dalam pesawat dinaikinya.

"Kami ingat ajal sudah sampai. Satu keajaiban kerana juruterbang berjaya mendaratkan pesawat walaupun bangkai burung berada di sebelah mukanya,” ujar penumpang itu. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain