SEORANG wanita menjadi mangsa serangan asid ketika menunggang motosikal. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur teruk di bahagian wajah dan badan. Mangsa berusia 30 tahun dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan. Kejadian berlaku di Bekasi Utara di Jawa Barat, Indonesia Insiden mencemaskan itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sehingga menjadi tular di media sosial. Detik-detik mangsa disimbah asid telah dirakam kamera CCTV dan menjadi viral selepas dimuat naik penduduk di media sosial. Rakaman itu menunjukkan wanita yang menaiki motosikal disimbah asid oleh seorang lelaki yang juga menunggang motosikal. Mangsa kemudian panik, berhenti di tepi jalan dan segera menanggalkan pakaiannya. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera menutup badan mangsa dengan bahu hujan. Kes masih dalam siasatan dan suspek disyaki mengenali mangsa. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube