suria

Kebakaran baharu di California merebak pantas jejas 50,000 ekar kawasan, 30,000 diarah pindah

Polis membuat pemantauan Kebakaran Hughes di sepanjang di Castaic, California. - Gambar AP

KEBAKARAN baharu di California Selatan melibatkan kawasan yang luas menyebabkan ribuan penduduk terpaksa mengosongkan segera kediaman.

Kebakaran Hunges berhampiran Lake Hughes Road, di utara Castaic, sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan) pada Rabu itu merebak dengan cepat ke arah barat menuju lebuh raya Interstate 5 dan ke utara Sanberg.

Lebih daripada 30,000 penduduk telah mengosongkan kediaman mereka dan jumlahnya terus meningkat.

Kebakaran itu merebak dari kawasan seluas 50 ekar ke seratus kali ganda atau 50,000 ekar dalam masa kurang dari dua jam, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.

Seperti kebakaran Palisades dan Eaton yang paling memusnahkan dalam sejarah Los Angeles County, Kebakaran Hughes juga didorong oleh angin Santa Ana yang kuat.

Asap dan api naik ke udara ketika pasukan bomba dan pesawat berjuang memadamkan Kebakaran Hughes. - Gambar Reuters

Asap dan api naik ke udara ketika pasukan bomba dan pesawat berjuang memadamkan Kebakaran Hughes. - Gambar Reuters

Namun, angin kali ini tidak sekuat ketika kebakaran Palisades dan Eaton yang berlaku tiga minggu lalu, meskipun amaran bendera merah telah dikeluarkan di sekitar Kebakaran Hughes.

"Situasi yang kita hadapi hari ini sangat berbeza berbanding dengan apa yang kita alami 16 hari yang lalu," kata Ketua Bomba Los Angeles County, Anthony Marrone, pada Rabu malam.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.

Kebakaran ini berlaku di kawasan pergunungan dan tidak berdekatan dengan kawasan kediaman atau komersial.

Castaic terletak kira-kira 64 kilometer ke arah barat laut pusat bandar Los Angeles.

Kebakaran Hughes bermula sehari selepas beberapa kebakaran semak tercetus di San Diego, selatan kawasan Los Angeles.- Agensi

Artikel Lain