suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikam, sembelih depan mata! Anggota polis dihantui detik hitam pemuda bunuh ibu bapa sendiri

Sikap amarah boleh menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini. - Gambar hiasan

SEPASANG suami isteri maut selepas disembelih anak lelaki mereka menggunakan pisau.

Dalam kejadian pukul 5.12 petang pada 1 Januari itu, polis menyaksikan sendiri suspek sedang menikam dan menyembelih mangsa.

Akibat enggan meletakkan pisau, suspek akhirnya ditembak polis sebanyak dua kali hingga mati.

Terdahulu, polis tiba ke rumah pasangan warga emas berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan susulan dengan bunyi pertengkaran.

Ketika tiba, pintu hadapan berkunci mendorong pihak polis menuju ke ruang bawah.

Rakaman video dari kamera badan polis menunjukkan suspek sedang membunuh. - Gambar WVCPD

Tangkap layar rakaman video dari kamera badan polis menunjukkan suspek sedang membunuh. - Gambar WVCPD

"Sebaik menendang pintu, polis melihat suspek sedang membunuh ibu bapanya dengan pisau.

"Kedua-dua mangsa dan suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di West Valley City, Utah, Amerika Syarikat," lapor media tempatan.

Pasukan protokol yang diketuai Jabatan Polis Salt Lake City giat menjalankan siasatan ke atas kejadian berkenaan.

"Siasatan diteruskan ke atas insiden kritikal pembunuhan yang berlaku.

"Tiada maklumat baharu diperoleh buat masa ini berhubung kes pembunuhan itu," lapor media berkenaan.- Agensi

Artikel Lain