suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Budak 11 tahun sempat buka cerita dirogol bapa tiri kepada ibu sebelum meninggal dunia di hospital

Dalam kebanyakan kes rogol, pelaku terdiri daripada orang yang terdekat dengan mangsa. -Gambar hiasan

KEMATIAN seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang berpunca daripada apendiks, rupa-rupanya membongkar kisah yang penuh tragis.

Mangsa pada mulanya dimasukkan ke hospital sejak 8 Januari lalu kerana perlu menjalani pembedahan.

Ketika menerima rawatan di Hospital Besar Wilayah (RSUD) SK Lerik, Bandaraya Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, mangsa akhirnya membuka mulut menceritakan dirinya pernah diperkosa oleh bapa tirinya.

Pengakuan tersebut nyata mengejutkan ibu dan bapa kandungnya yang kemudian bertindak membuat laporan polis.

Kanak-kanak malang itu bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin (22 Januari).

"Mangsa meninggal dunia akibat jangkitan apendisitis yang teruk.

"Kami bertindak pantas menangkap suspek selepas menerima laporan daripada ibu mangsa," kata Ketua Polis Bandaraya Kupang, Pesuruhjaya Aldinan Manurung.

Aldinan berkata, hasil bedah siasat terhadap mayat mendapati terdapat luka kesan koyakan pada kemaluan mangsa. -Agensi

Artikel Lain