suria

Pengawal keselamatan dibunuh anak majikan, sakit hati mangsa jadi ‘kaki report’ ibu

Salah satu punca terjadinya pembunuhan adalah kerana didorong rasa sakit hati. -Gambar hiasan

SEORANG pengawal keselamatan dibunuh dengan kejam oleh anak majikannya, dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu.

Menurut polis, motif kejadian dipercayai gara-gara suspek sakit hati kerana mangsa sering melaporkan kepada ibunya mengenai tabiatnya yang kerap pulang lewat..

"Maklumat daripada saksi iaitu pemandu dan pembantu rumah, terdengar pergaduhan hingga kedengaran bunyi kaca pecah di lantai.

"Tidak lama selepas itu, mangsa ditemui terbaring di pintu masuk pos keselamatan dengan keadaan berlumuran darah," kata Ketua Polis Bogor Selatan, Maman Firmansyah.

Suspek (dua kanan) ditahan selepas dipercayai membunuh pengawal keselamatan. - Gambar Kompas

Suspek (dua, kanan) ditahan selepas dipercayai membunuh pengawal keselamatan yang bekerja dengan keluarganya. - Gambar Kompas

Polis tidak mengambil masa yang lama untuk menahan suspek kes pembunuhan tersebut.

Berdasarkan beberapa pemeriksaan yang dilakukan, polis mengesyaki anak majikan mangsa sebagai suspek utama.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bogor Kota, Ajun Komisaris Aji Riznaldi Nugroho berkata, mangsa meninggal dunia kerana luka di bahagian kepala dan dada akibat penggunaan senjata tajam.

"Kejadian pembunuhan itu turut disaksikan oleh beberapa pekerja lain dan mereka segera melaporkan kejadian tersebut kepada polis," tambahnya.- Agensi

Artikel Lain