suria

Penyewa pengotor! Dua tahun hidup dalam timbunan sampah, najis... Siap simpan air kencing dalam 200 botol

Keadaan rumah sewa milik Jan Pringle yang dipenuhi sampah serta najis manusia. -Gambar Jan Pringle

SEORANG pemilik rumah terkejut selepas mendapati kediaman yang disewakannya dipenuhi 200 botol air kencing, najis manusia dan sampah sarap, selepas bertindak mengusir penyewanya.

Pemilik berusia 36 tahun itu terpaksa berbuat demikian sebagai langkah terakhir selepas penyewanya enggan membenarkan sebarang pemeriksaan dilakukan selama dua tahun menyewa di situ.

Apabila mendapat akses masuk ke rumah berkenaan, dia tidak dapat membuka pintu kerana terdapat timbunan sampah setinggi tiga kaki di belakang pintu.

Lebih mengejutkan pemilik yang dikenali sebagai Jan Pringle itu, rumahnya bukan sahaja dipenuhi sampah, malah terdapat 200 botol vodka yang dipenuhi air kencing dan beg najis manusia.

"Kami tidak dapat membuka pintu kerana terlalu banyak sampah, tetapi apabila kami berjaya membuka pintu, bau itu sukar untuk digambarkan.

"Ia seperti bau yang tidak pernah saya hidu sebelum ini. Terdapat beratus botol air kencing dan beg najis yang saya dapat hidu baunya," kata Jan.

Kejadian dilaporkan berlaku di United Kingdom (UK).

Jelasnya, dia terpaksa merangkak sambil memakai pelitup muka dan sarung tangan kerana seluruh rumah penuh dengan sampah.

"Anda tidak boleh masuk ke bilik tidur atau bilik mandi. Tandas tersumbat.

"Sampah juga sudah mula terurai. Ada kotak makanan bungkus, kulit telur, tin kosong," katanya.

Jan berkata terdapat sedikit ruang di sofa, yang dia percaya itu adalah tempat penyewa tidur dan duduk sepanjang hari.

Jan terpaksa mengupah syarikat pembersihan forensik untuk membersihkan kediaman itu sebelum dapat menyewakannya semula.

"Saya tidak tahu bagaimana seseorang boleh hidup dalam keadaan sebegitu," katanya.

Jan membeli rumah itu pada 2017 dan tidak menghadapi sebarang masalah dengan tiga penyewa sebelum ini.

Dia menyewakannya tanpa perabot dengan harga RM2,679 sebulan. -Agensi

Artikel Lain