suria

Suami kerat, rebus tubuh isteri… Licik buat laporan palsu perdaya polis

Kediaman yang menjadi lokasi jenayah melibatkan suami isteri. -Gambar hiasan (kiri)

SEORANG lelaki yang juga bekas tentera tergamak membunuh isterinya dan kemudian mengerat mayat mangsa bagi menghapuskan bahan bukti.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu dikatakan merebus bahagian tubuh isterinya yang sudah dikerat dengan menggunakan periuk tekanan.

Bahagian tubuh yang direbus itu seterusnya dicampak ke dalam tasik supaya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Dalam kejadian di Meerpet, India itu, mangsa yang dikenali sebagai Puttavenkata Madhavi dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 16 Januari lalu sebelum si suami mengaku membunuh mangsa seminggu kemudian.

Antara muslihat suspek bagi mengaburi siasatan pihak berkuasa adalah dengan membuat laporan palsu bahawa isterinya melarikan diri dari rumah selepas berlaku pergaduhan antara mereka berdua.

Polis bagaimanapun dapat mengesan sesuatu yang mencurigakan pada penceritaan suspek dan berjaya menyoal siasatnya untuk membuat pengakuan.

Setakat ini mayat atau bahagian tubuh mangsa masih gagal ditemukan oleh pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain