suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Harimau serang pekerja ladang kopi, separuh badan dimakan

Serangan harimau menimbulkan situasi tegang di kampung.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya apabila seorang wanita maut akibat dibaham harimau ketika dalam perjalanan ke ladang untuk menuai biji kopi sekitar pukul 8.30 pagi.

Mangsa yang dikenali sebagai Radha maut di tempat kejadian.

Dalam kejadian di Wayanad, India itu, anggota polis tempatan turut menemukan tapak kaki harimau di sekitar lokasi kejadian.

"Kami menjumpai mayat Radha dalam keadaan yang mengerikan iaitu separuh badannya sudah dimakan oleh harimau.

"Kami mempercayai harimau itu menarik mayat Radha sejauh 100 meter ke dalam hutan sebelum meninggalkannya," ujar seorang jurucakap polis.

Operasi besar-besaran sedang dijalankan untuk memburu harimau terbabit.

Dalam pada itu, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain