IBU bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki hanya mampu menyaksikan dengan penuh ketakutan detik tragis anak mereka dimakan hidup-hidup oleh seekor singa gunung. Kanak-kanak berusia 10 tahun itu diserang haiwan seberat 40 kilogram (kg) itu ketika sedang berjalan di Taman Negara bersama ibu, bapa dan adik perempuannya. Jurucakap Taman Negara mendakwa kanak-kanak itu berada di tempat yang salah dan pada waktu yang salah. "Apa yang kami fikirkan mungkin dia berada pada masa yang salah ketika singa itu sedang dalam mod memburu. "Singa gunung tidak membezakan antara manusia dan rusa atau moose," kata jurucakap berkenaan. Kanak-kanak malang itu dikenali sebagai Mark Miedema dan kejadian berlaku di Taman Negara Rocky Mountain di Colorado, Amerika Syarikat. Ibu bapa Mark, Kathy dan David Miedema, dikatakan berjaya menakutkan singa gunung itu semasa insiden ngeri tersebut. Namun, ketika Kathy yang juga seorang jururawat berusaha keras untuk menyelamatkan anaknya, Mark menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan. Singa betina yang menyerang kanak-kanak itu kemudiannya dikesan dan dibunuh. Insiden ngeri itu mencetuskan ketakutan dalam kalangan ibu bapa yang diberi peringatan untuk memastikan anak-anak sentiasa dekat dengan orang dewasa semasa mendaki bersama keluarga. Tragedi 1997 itu kini disiarkan di YouTube, dengan ramai penonton berkongsi pendapat mereka bahawa singa itu tidak sepatutnya dibunuh. "Singa itu membunuh lagi. Manusia berada di dalam kawasan haiwan," komen seorang penonton. "Haiwan ini tidak layak untuk dibunuh," kata pengguna YouTube. -Agensi