suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara 2 keping capati, pekerja kilang maut ditolak dari tingkat empat

Sikap tidak puas hati boleh menjadi punca seseorang sanggup membunuh. -Gambar hiasan

SEORANG pekerja kilang maut selepas ditolak dari tingkat empat bangunan berkenaan oleh seorang pekerja lain, gara-gara bertengkar kerana capati.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bawana, Delhi, India pada Selasa lalu.

Menurut polis, ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Ram Parkash sedang melakukan kerja-kerja menghias sempena menyambut kedatangan Deepavali.

Difahamkan, suspek yang bekerja di sebuah kilang berdekataan mendekati mangsa untuk meminta dua keping capati.

"Siasatan awal mendapati mangsa bertanya kepada suspek, dan berkata suspek mampu membeli makanan sendiri dengan mudah berdasarkan pendapatannya," kata jurucakap polis.

Suspek menjadi marah dengan kata-kata mangsa dan kedua-duanya mula bergaduh sebelum suspek bertindak menolak mangsa dari tingkat empat bangunan kilang.

Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran namun disahkan meninggal dunia.

Suspek bertindak melarikan diri dari kilang sejurus kejadian namun kemudian berjaya ditangkap. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain