suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mulut mak ayah berbuih, badan lemah 4 hari kelaparan… Rupanya anak lelaki mati dalam tidur, mayat sudah mereput

Pasangan warga emas ini tidak menyedari anak mereka sudah meninggal dunia. -Foto MSNEWS

PASANGAN buta warga emas di Hyderabad, India tidak menyedari anak lelaki mereka sudah meninggal dunia selama empat hari.

Sepanjang tempoh itu, Kaluva Ramana, 60, dan Shantikumara Kumari, 65, yang turut tidak berupaya untuk bergerak cuba memanggil anak mereka, namun tidak mendapat sebarang respons.

Keadaan pasangan itu yang lemah dan tidak boleh berjalan menyebabkan mereka gagal untuk meminta pertolongan daripada jiran tetangga.

Kematian lelaki berusia 30 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas jiran mula terhidu bau busuk yang kuat dari kediaman mereka.

Jiran mereka turut menghubungi polis untuk melaporkan kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri mayat lelaki tanpa kepala dijumpai dekat batu besar

Pegawai yang datang menemui pasangan itu dalam keadaan separuh sedar dan berbuih mulut, bersama-sama dengan mayat anak mereka yang sudah reput.

Mereka segera diberikan makanan dan minuman.

Pasangan itu berada dalam keadaan lemah kerana mereka biasanya akan diberi makan oleh si mati.

Polis mengesyaki lelaki itu meninggal dunia ketika sedang tidur.

Namun, punca kematian sebenar hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain