suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita nekad bakar suami, puncanya mangsa ketagih judi online hingga culas beri nafkah

Rumah pasangan berkenaan yang musnah akibat dibakar suspek. -Foto Polres Alor/Detik

SEORANG wanita nekad membakar suaminya gara-gara berang lelaki tersebut ketagih bermain judi dalam talian sehingga culas melaksanakan tanggungjawabnya memberi nafkah selama dua tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku di Alor, Nusa Tenggara, Indonesia, pada pagi Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Alor, AKBP Suriyadi Rahman, suspek yang berusia 35 tahun pada mulanya bertindak menyiram petrol ke tubuh suaminya yang sedang tidur, dan kemudian menyiram bahan bakar tersebut ke seluruh rumah mereka.

Suspek kemudian mengejutkan mangsa dan sebaik tersedar, suspek terus menyalakan api.

Mangsa segera keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

Penduduk yang terlihat kejadian tersebut segera membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

"Mangsa melecur di seluruh badan sekitar 80 peratus,"kata Suriyadi.

Selain itu, tiga buah rumah, dua motosikal dan sebuah kereta turut musnah terbakar.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Alor untuk siasatan lanjut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain