suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga beradik lelaki ‘makan’ adik perempuan! 4 tahun dipaksa jadi pemuas nafsu darah daging sendiri!

Mangsa serangan seksual berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap adik perempuannya dihukum penjara selama sembilan tahun dan 24 sebatan.

Remaja berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan serangan seksual terhadap mangsa sekurang-kurangnya sebanyak tujuh kali.

Dia turut mengaku ketagih dengan pornografi dan memilih untuk menyerang adiknya secara seksual kerana tahu mangsa tidak akan melaporkan jenayahnya kepada sesiapa.

Mangsa yang kini berusia 14 tahun dirogol sejak 2018 hingga Februari 2022.

Selain dirogol, mangsa turut dipaksa melakukan seks oral di dalam kediaman keluarganya di Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Termakan janji manis... Budak perempuan dibawa balik ke rumah, dirogol jiran 24 kali

Selain remaja berusia 19 tahun itu, dua lagi abangnya turut melakukan serangan seksual terhadap mangsa.

Penderaan itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa mengadu kepada pihak sekolah pada 10 Februari 2022.

Tiga beradik itu didakwa di mahkamah yang mana dua daripada mereka dijatuhi hukuman pada Mei lalu.

Abang sulung mangsa mengaku bersalah atas lapan pertuduhan melakukan serangan seksual dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan.

Pada bulan sama, anak lelaki nombor dua dalam keluarga itu dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 24 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa.

Akhir sekali, anak lelaki ketiga dalam keluarga itu baru sahaja dijatuhi hukuman pada Rabu lalu. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain