suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mak ayah pecahkan telur ayam guna dahi anak, tergamak rakam video untuk viral... Trend baharu dikecam netizen

Trend memecahkan telur menggunakan dahi kanak-kanak tular di TikTok.

TREND baharu di TikTok menyaksikan segelintir ibu bapa menghasilkan video memecahkan telur ayam menggunakan dahi anak-anak mereka.

Meskipun dianggap lucu oleh segelintir penonton, rata-rata netizen menyuarakan pandangan sebaliknya dan menganggap ia sebagai trend yang tidak sihat.

Trend video viral "egg crack challenge" itu menjadi perhatian ramai di Amerika Syarikat dan turut muncul di negara-negara lain.

Prank aneh yang dianggap menganiayai kanak-kanak itu bukan sahaja dikecam netizen, malah turut mendapat perhatian pakar perubatan.

Ahli terapi pediatrik, Amanda Mathers berkata dia mencuba sendiri trend itu dan mengakui ia menyakitkan individu dewasa, apatah lagi jika dibuat ke atas kanak-kanak.

"Saya terkejut dan menangis selepas cuba memecahkan telur menggunakan dahi sendiri," ujarnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain