suria

Wanita ukir tatu nama suami pada dahi, bukti cinta sejati

Wanita mengukir tatu nama suaminya, 'Satish' pada dahi.

BAGI mereka yang sudah berkahwin atau bercinta, sudah semestinya sanggup melakukan apa sahaja untuk pasangan masing-masing sebagai tanda cinta.

Ada yang memberi kejutan hadiah mahal, mengukir nama pasangan masing-masing pada barangan kemas dan sebagainya.

Namun lain pula dengan seorang wanita dari Bengaluru, India ini yang memilih cara unik untuk menzahirkan rasa kasih sayang kepada suaminya.

Yang pastinya, apa yang dilakukan oleh wanita ini tidak mungkin dilakukan oleh wanita lain.

Wanita tersebut memilih untuk mencacah tatu nama suaminya namun bukan pada bahagian anggota tubuh seperti tangan, kaki, belakang badan atau bahagian lain.

Sebaliknya, wanita tersebut mencacah nama suaminya pada bahagian dahi.

Klip video yang merakamkan detik ketika dia melakukan proses mencacah tatu di sebuah kedai, menjadi tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan sedang duduk di atas kerusi, dan kemudian seorang pencacah tatu menampal kertas bertulis nama 'Satish' pada dahinya.

Ketika proses mencacah tatu bermula, wanita tersebut dilihat mengerutkan muka kerana sakit namun dia cuba untuk menahannya sehingga proses selesai.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang reaksi negatif daripada warga maya.

Mereka berpendapat apa yang dilakukan oleh wanita berkenaan bukanlah cara yang terbaik untuk menzahirkan rasa cinta sebaliknya hanya mempamerkan tindakan kurang bijak. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain