suria

Influencer maut selepas minum arak ketika live

Brother Three Thousand dikenali menerusi aplikasi Douyin. -Douyin

SEORANG influencer maut sejurus selepas dilihat mengambil minuman beralkohol menerusi laman sosial.

Pemuda dari China yang dikenali sebagai Brother Three Thousand meminum sekurang-kurangnya tujuh botol minuman beralkohol, pada Selasa lalu.

Ketika itu, dia bersiaran langsung di Douyin, TikTok versi China.

Memetik laporan media China, dia ditemukan mati 12 jam selepas bersiaran langsung.

Kematiannya menjadi bualan secara meluas di Internet.

Pemuda berusia 34 tahun yang dikenali Wang mempunyai kepakaran dalam minuman alkohol.

Pada 16 Mei lalu, dia menyertai satu pertandingan di mana influencer perlu bersaing antara satu sama lain untuk meraih jumlah 'gift' yang paling banyak daripada peminat dalam tempoh singkat.

Dia tewas dalam tiga pusingan, yang memerlukannya meminum botol minuman alkohol sebagai 'hukuman'.

Wang sebelum ini pernah disekat daripada aplikasi tersebut kerana mengambil minuman beralkohol.

Menerusi akaun terbaharu, dia mempunyai lebih 44,000 pengikut. - BBC

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain